IKEA Henti Jual Lasagna Kerana Dikesan Bercampur Daging Babi - STOCKHOLM : Syarikat perabot terkemuka Sweden, IKEA menghentikan jualan lasagna daging rusa selepas ujian yang dijalankan oleh pihak berkuasa Belgium mengesahkan terdapat campuran daging babi di dalam hidangan makanan tersebut.
Sejak ia diperkenalkan, IKEA telah mengeluarkan lasagna daging rusa sebanyak 10,000 tan.
“Kami telah menerima pengesahan semalam bahawa sebanyak satu peratus daging babi cincang terkandung dalam salah satu siri pengeluaran lasagna itu.
“Justeru itu, kami sedang berbincang dengan pihak pembekal bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi,” kata jurucakap IKEA, Tina Kardum.
Menurut Kardum lagi, hanya 17,000 pakej lasagna sahaja yang telah dicemari oleh daging babi.
Pada Februari yang lalu, IKEA telah menghentikan jualan bebola daging di beberapa buah negara di Eropah ekoran penemuan daging kuda yang terkandung di dalam makanan itu. – Reuters
0 comments:
Post a Comment