Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 20, 2013

No Comment
Pyongyang


Seoul – Korea Utara semalam melakukan ujian peluru berpandu jarak dekat di luar pantai timur negara itu, yang keempat dalam tempoh dua hari, di sebalik rayuan Korea Selatan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Peluru berpandu itu dilancarkan ke arah Laut Timur (Laut Jepun) tengah hari semalam, kata jurucakap Kementerian Pertahanan kepada AFP tanpa butiran lanjut.
Kelmarin, Korea Utara membedil tiga peluru berpandu jarak dekat di luar pantai timurnya, sebagai sebahagian latihan ketenteraan. Pelancaran peluru berpandu jarak dekat Korea Utara bukan perkara luar biasa tetapi dilakukan ketika keadaan semakin tegang di semenanjung, berikutan ujian nuklear Februari lalu yang mencetuskan sekatan lebih keras PBB.
Marah, dengan sekatan dan latihan tentera bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan, rejim komunis itu selama berminggu-minggu mengancam melancarkan serangan nuklear atau konvensional ke atas Seoul dan Washington.
Korea Selatan kesal
Kementerian Penyatuan Korea Selatan, yang mengendalikan hubungan antara sempadan, berkata pelancaran itu memberi ancaman kepada rantau berkenaan dan perlu dihentikan segera.
Kami kesal kerana Korea Utara tidak menghentikan tindakan provokatif selepas pelancaran peluru berpandu kelmarin. Kami menggesa rejim itu mengambil tindakan bertanggungjawab demi kebaikan bersama dan masyarakat antarabangsa, kata jurucakap kementerian, Kim Hyung-Sok, sebelum latihan terbaru itu.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, ketika bercakap di Moscow, juga menggesa Pyongyang menahan diri daripada melancarkan ujian peluru berpandu seterusnya.
Beliau berkata, ini masanya menyambung semula rundingan dengan masyarakat antarabangsa dan mengurangkan ketegangan.
Jabatan Negara Amerika menggesa Pyongyang bertindak tidak melancarkan serangan, tanpa memberi komen mengenai pelancaran itu.
Tidak dapat dipastikan jenis peluru berpandu yang diuji kelmarin dan semalam.
Pegawai tentera Seoul dipetik agensi berita Yonhap berkata, ia mungkin peluru berpandu KN-02 dengan jarak sehingga 160 kilometer atau roket dengan sekurang-kurangnya 300 milimeter kaliber ditembak daripada pelbagai pelancar.- AFP

0 comments:

Post a Comment