KUALA LUMPUR – Kisah dan cerita mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi masih lagi tidak senyap dari masa ke semasa.
Selepas Abby
melakukan hijrah diri dengan memakai hijab dan aktif menghadiri ceramah
agama, Abby pernah dicabar oleh rakan pelakonnya, Datuk AC Mizal untuk
berdebat mengenai kenyataan Abby suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, isu ajak-mengajak itu senyap tidak lama selepas itu.
Menerusi blog Buahmulut.com, Abby meluahkan dia kesal dengan sikap AC Mizal yang bercakap mengenai peribadi dirinya.
Kata Abby, dia masih sayangkan AC Mizal sebagai sahabatnya kerana mereka pernah berkawan rapat.
“Bila saya
dekat dengan agama macam ni dia kata saya saja-saja nak tunjuk beriman
katanya, tak payahlah, agama simpan je dalam hati dia kata.
“Lepas tu
kawan saya jawap, kalau macam tu ko sembahyang je dalam jamban” Ungkapan
tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton yang hadir,” kata
Abby.
Dalam pada itu, Abby menjelaskan dia masih sayangkan dunia lakonan dan teringin untuk kembali berlakon seperti dahulu.
Malah, dia
tidak mahu orang ramai melabelkan dirinya sebagai bekas pelakon kerana
Abby mempunyai cita-cita untuk berdakwah melalui lakonan.
Abby juga
mengakui yang ‘bekerja’ sebagai penceramah adalah bukan minatnya dan dia
yakin dia tidak boleh kekal berkemampuan untuk menjadi penceramah.
“Jangan
letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya masih
sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya buat
sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya. Saya tak nak jadi
penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya.
“Saya masih
mahu berlakon dan Insyallah dengan lakonan pun kita boleh berdakwah
untuk agama Allah SWT. jadi saya mengharapkan sesuatu yang baik untuk
negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan untuk semua
umat islam,” katanya.
0 comments:
Post a Comment