WASHINGTON - Facebook kini digunakan oleh satu bilion orang setiap bulan, kata pengasasnya Mark Zuckerberg hari ini. Menurut Zuckerberg, jumlah itu menyumbang kepada 1.13 trilion likes, penggunaan 219 bilion foto dan sebanyak 17 bilion lokasi check-ins.
Laman sosial itu diperkenalkan pada 2004 dan disenaraikan di bursa saham Mei lalu.
"Jika anda membaca ini: terima kasih kerana memberi saya dan pasukan kecil saya peluang untuk berkhidmat untuk anda," kata Zuckerberg dalam mesej terbarunya, hari ini.Dari segi pecahan pengguna Facebook, 44.97 peratus penduduk Amerika Utara menggunakannya, 33.92 peratus di Amerika Selatan, 42.14 peratus (Australia dan Oceania), 29.96 peratus (Eropah), 6.68 peratus (Asia) dan 5.15 peratus (Afrika)
"(Langkah) menghubungkan satu bilion orang adalah sesuatu yang menakjubkan," katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment