Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 7, 2012

No Comment

Itu Gambar Lama Saya – Emma Maembong Respon Foto Cium
Itu Gambar Lama Saya – Emma Maembong Respon Foto Cium  - Setelah dicop “Minah Propa”, muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini.
Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda.
Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.
Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20, dia menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.
“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 16 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut.
” Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”
Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya.
Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.
Emma turut menambah, “Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya.”
Tambah Emma lagi, “Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi” – Oh! Bulan

0 comments:

Post a Comment