Penyanyi
bertaraf antarabangsa, MizzNina menimbulkan kemarahan segelintir pihak
apabila dikatakan tidak sensitif berkenaan kesilapan yang terdapat di
kulit albumnya, ‘Take Over’.
Menerusi ucapan penghargaan
MizzNina di dalam albumnya, pelantun lagu ‘Summer Burning’ ini dikatakan
telah terlepas pandang dengan menulis
“I would like to say thank you to Allah S.A.W” di mana beliau sepatutnya menulis Allah S.W.T.
Perkara ini telah menjadi satu
kontroversi panas apabila MizzNina mahupun pihak pengurusannya tidak
mengambil inisiatif untuk memperbetulkan perkara tersebut apatah lagi
album tersebut sudah lama berada di pasaran.
“Apa yang Nina boleh katakan,
itu adalah satu kesilapan yang jujur dari seorang artis. InsyaAllah
perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Nina sendiri
menerima perkara ini sebagai satu kesilapan dan memohon maaf atas apa
yang berlaku. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tidak terlepas
dari membuat kesilapan,” ujarnya mengulas mengenai perkara yang
dibangkitkan.
Dalam perkembangan lain,
MizzNina bakal terbang ke Pulau Boracay, Filipina, Sabtu ini bagi
menjalani penggambaran program realiti, ‘Destinasi Cinta Bersama Air
Asia’ bersama suami, Noh Hujan. Manakala pada hujung bulan ini, Nina
akan berangkat ke Melbourne, Australia bagi mengembangkan lagi karier
seninya di sana.
0 comments:
Post a Comment