Maria Audete do Nascimento lahir pada 7 Mei 1981, namun di usia yang
hampir 31 tahun ia masih kelihatan seperti bayi. Para ahli di Fakulti
Perubatan University of Ceara Brazil percaya bahawa Maria menderita
kekurangan hormon tiroid (hipotiroidisme) parah.
Kerana hipotiroidisme, tubuhnya tidak pernah boleh berkembang secara
fizikal maupun mental. Andai saja keadaan tersebut boleh dikenalpasti
sejak awal, Maria mungkin boleh tumbuh seperti anak normal yang
berkembang secara fizikal dan intelektual.
Sayangnya, Maria berasal dari keluarga miskin yang tinggal di rumah yang
terbuat dari tanah liat di daerah Ceara, Brazil. Ia tinggal bersama
ayahnya Raimundo Nascimento dan ibu tirinya Dona Dora, yang telah
merawatnya sejak ibu kandungnya meninggal 13 tahun yang lalu.
Keluarganya tidak mampu memberikan segala bentuk rawatan untuk Maria, yang keadaannya boleh saja diubati bila dikesan saat lahir.
"Saya tidak pernah membawanya ke doktor. Keadaannya semua disini serba
sukar, "ujar ibu tirinya Dona Dora, seperti dilaporkan folhavitoria,
Jumat (17/2/2012).
Untuk saat ini ia terus hidup seperti bayi yang tidak mampu memenuhi
keperluannya sendiri, bahkan tidak mampu berbicara. Beruntungnya, pihak
University of Ceara telah bersetuju untuk memberikan rawatan percuma
kepada Maria.
Rawatan itu sekurang-kurangnya boleh membuat Maria sedikit lebih
berdikari dan boleh melakukan aktiviti seperti berjalan, makan dan
mengucapkan beberapa kata, walaupun keadaannya tidak akan dapat
berkembang secara mental.
Di rumah-rumah tempat Maria tinggal, meski hidup miskin tapi ia tidak
tampak kekurangan cinta. Ibu tirinya telah mengurus Maria dengan penuh
kasih sayang sejak hari ia berkahwin.
0 comments:
Post a Comment