Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 11, 2013

No Comment
115 Terbunuh Serangan Siri Bom Nekad Di Pakistan


QUETTA (Pakistan) – Serangan bom bersiri yang dilancarkan secara berasingan di beberapa tempat di Pakistan mengakibatkan 115 terbunuh termasuk 81 maut dalam satu serangan bom nekad di kelab snuker yang sarat dengan pengunjung di barat daya bandar Quetta, tengah malam dan awal pagi tadi.
Pegawai polis kanan negara itu, Mir Zubair Mehmood berkata, serangan pertama membabitkan pengebom nekad yang meletupkan dirinya di dalam sebuah kelab, sebelum di susuli serangan bom kereta di luar bangunan 10 minit kemudian.
“Dalam dua serangan itu, 81 terbunuh manakala lebih 120 mangsa lain cedera. Kedua-dua serangan itu disahkan adalah serangan bom nekad,” katanya di sini, hari ini.
Sebelum itu, serangan bom yang mensasarkan tentera di kawasan komersial Quetta mengakibatkan 12 terbunuh manakala 40 yang lain cedera.
Sementara itu, di sekitar Pakistan, serangan bom di masjid Sunni di bandar Mingora yang penuh dengan pengunjung mengakibatkan 22 terbunuh dan lebih 70 cedera. – AP/AFP

0 comments:

Post a Comment