Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 11, 2013

No Comment
Budak Terpaksa Tanggung Azab Didera


GOMBAK – Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun terpaksa menanggung azab dan mungkin akan trauma sepanjang hayat selepas didera tanpa belas kasihan oleh teman lelaki ibunya yang dipercayai khayal selepas mengambil dadah.
Dalam kejadian Isnin lalu, ibu angkat mangsa, Roszaidah Mohd Salleh, 30, berkata, dia menerima panggilan daripada ibu kandung kanak-kanak itu memintanya datang ke rumah di Kampung Desa Aman
selepas tidak tahan melihat anaknya itu didera dengan kejam oleh teman lelakinya sejak seminggu lalu.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan itu dia bergegas ke rumah kanak-kanak itu namun setibanya dia di rumah itu, didapati berkunci malah panggilan juga tidak berjawab menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan polis.
Roszaidah berkata, polis yang tiba kemudiannya bertindak mengarahkan pintu rumah itu dibuka sebelum dia menemui anak angkatnya Norfatin Aqilah Abdullah berada dalam keadaan menyayat hati.
“Saya terkejut apabila melihat Norfatin berada dalam keadaan lemah dengan kesan lebam dan luka di beberapa bahagian badan termasuk muka,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang di sini, semalam.
Menurutnya, teman lelaki adik angkatnya itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Desa Jaya manakala dia diarah untuk membawa kanak-kanak itu untuk pemeriksaan doktor di Hospital Selayang.
Katanya, Norfatin yang sudah boleh bercakap sempat menceritakan kejadian bagaimana dia diikat dan dipukul.
Pemeriksaan lanjut pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu memang didera dan terpaksa ditahan sehari di hospital untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.
Roszaidah berkata, ibu kandung mangsa berusia 27 tahun menjalin hubungan dengan suspek berusia awal 20-an sejak lebih tiga bulan lalu.
“Hak penjagaan Norfatin memang diletakkan di bawah nama saya dan telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara namun memikirkan ibunya mahu berkahwin dengan lelaki itu, saya bersetuju untuk menyerahkan Norfatin kembali namun tidak sangka jadi begini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, polis telah meneliti laporan perubatan kanak-kanak termasuk menyoal siasat ibu angkat dan kandung kanak-kanak itu serta suspek terlibat kini telah ditahan untuk siasatan lanjut. – SinarHarian

0 comments:

Post a Comment