Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 19, 2013

No Comment
Penipu Guna Facebook Diberkas


Penipu Guna Facebook Diberkas - SHAH ALAM : Taktik licik seorang lelaki menyamar sebagai kakitangan Media Prima Berhad untuk memperdaya gadis-gadis yang terdesak untuk menjadi pelakon tambahan terbongkar apabila suspek berjaya diberkas di Kluang, Johor pada 9 Januari lalu.
Media Prima adalah sebuah syarikat penyiaran. Antara media yang berada di bawahnya termasuk TV3, 8TV, TV9 dan ntv7.
Penganggur berusia 22 tahun tersebut diberkas pada pukul 7 malam hasil maklumat daripada seorang gadis berusia 16 tahun yang mendakwa barangan berharganya dilarikan suspek ketika berada di kawasan Kajang pada 18 Disember tahun lalu.
Bergiat sejak 2008, suspek disyaki telah terlibat dalam dua kes rogol, pecah rumah, curi dalam bangunan, curi, samun dan melarikan kanak-kanak bawah umur 16 tahun daripada penjagaan yang sah. Kesemua kes itu didakwa berlaku di Kajang, Gombak dan Ampang.
Polis percaya terdapat beberapa lagi gadis yang telah menjadi mangsa suspek tetapi mereka belum membuat laporan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, modus operandi suspek ialah menawarkan peluang kepada gadis-gadis untuk menjadi pelakon tambahan menerusi laman sosial Facebook. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment