Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 19, 2013

No Comment
Tiga Pelajar Ditahan Kutip Derma


Tiga Pelajar Ditahan Kutip Derma - KANGAR : Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menahan tiga pelajar yang menjalankan aktiviti mengutip derma yang berselindung di sebalik pusat latihan kepimpinan antarabangsa yang berpangkalan di Thailand hingga larut malam di sekitar negeri ini kelmarin.
Dua daripada mereka merupakan pelajar asing masing-masing seorang lelaki dari Taiwan dan perempuan dari Thailand berumur dalam lingkungan 20-an.
Seorang lagi ialah pelajar perempuan tempatan berumur dalam lingkungan 20-an.
Menurut Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIPs, Suhaimi Ahmad, modus operandi kumpulan pelajar itu adalah mengutip derma dengan cara menjual rantai kunci permainan ‘zombie’ kepada orang ramai.
“Kami menemui pelajar berkenaan ketika sedang mengutip derma daripada orang ramai di sebuah stesen minyak di Arau dengan cara menjual rantai kunci pada harga RM10 seunit.
“Apabila diminta surat kebenaran bagi mengutip derma, pelajar itu gagal mengemukakannya, memaksa kami menahan mereka untuk siasatan lanjut,” katanya selepas operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan bagi membanteras pemungut derma dan peminta sedekah di sekitar Kangar, Arau dan Kuala Perlis. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment