Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 6, 2013

10 comments
Apakah Kita Sedang Berperang Dengan Hantu Di Lahad Datu?


Penulis hendak beritahu awal-awal, tujuan rencana ini bukan untuk merendahkan pasukan keselamatan kita.
Namun, selepas lebih 24 jam Ops Daulat, nampaknya situasi di Lahad Datu masih jauh daripada selesai sebenarnya.
Bayangkan, setakat ini hanya 13 mayat (itu pun belum tepat sepenuhnya walaupun disebut oleh Menteri Pertahanan) yang ditemui.
Hari ini sahaja sudah 4 kali tembak-menembak antara pengganas dengan pasukan keselamatan dilaporkan.
Mopping Out atau pembersihan saki-baki pengganas sudah berlangsung lebih 24 jam dalam kawasan yang sepatutnya hanya seluas 4 kilometer pada asalnya.
Takkan tak habis lagi?
Dengar kata 2,000 komando tentera dan polis bergerak masuk ke kawasan pengeboman semalam untuk mopping out.
Kalau komando bergerak satu baris dan bergerak 200 meter setiap kali sebelum berhenti untuk tujuan mopping out, takkan tak lepas kawasan 4 kilometer lagi?
Kini, mopping out diperluaskan kepada 10 kilometer pula…persoalan seterusnta macam mana mereka boleh terlepas kepungan 4 kilometer sebelum ini?
Yang hendak penulis tekankan di sini….13 mayat yang ditemui hari ini bukan di lokasi pengeboman semalam. Ia adalah mayat-mayat penganas yang dibawa lari rakan mereka yang masih hidup.
Bukan sekadar bawa lari…sempat tanam lagi. Jangan siap sempat baca talkin apa semua sudah la…
Kalau 13 mayat dibawa lari…berapa ramai yang sebenarnya masih hidup?
Satu mayat bukannya ringan…kalau dua orang angkut satu mayat pun, paling kurang 36 orang masih hidup dalam kumpulan itu sahaja. Belum mengambil kira kumpulan yang lain.
Daripada hampir 180 pengganas yang masuk ke negara ini, baru dalam 30 lebih mayat sahaja yang ditemui (termasuk pertempuran awal) minggu lalu…selepas pengeboman begitu menyeluruh termasuk oleh jet pejuang dilakukan pagi semalam.
Persoalannya…di mana baki 100 lebih pengganas itu berada sekarang?
Masih hidup? Sudah berkecai? Sudah menyamar menjadi orang awam?
Jika mereka menyamar…hebatnya penyamaran mereka sehingga boleh lepas pasukan keselamatan kita. Dan begitu ramai boleh terselamat serangan semalam.
Sekali lagi…bukan bertujuan mengecilkan pasukan keselamatan kita…
Hakikatnya ialah kita sebenarnya berdepan dengan satu kumpulan pengganas yang berada dalam kelas mereka yang tersendiri.
Mereka adalah dari suku Tausug…suku yang paling garang antara suku-suku yang ada dalam masyarakat Moro. Tentera Filipina juga takut berhadapan dengan suku itu.
Berperang adalah gaya hidup bagi mereka. Mereka umpama hantu yang boleh bergerak di celah-celah medan perang.
Nur Misuari yang mengetuai MNLF sendiri pernah pergi bertemu dengan kumpulan berkenaan untuk meminta bantuan dan sokongan.
Sebelum operasi semalam, salah seorang pemimpin pengganas di Lahad Datu ada memberitahu mereka tidak takut kematian dan tidak takut perang kerana sudah berpuluh tahun berperang dalam hutan di negara mereka.
Dan…sebahagian besar pasukan keselamatan kita mungkin baru kali pertama hendak menembak orang.
Pengalaman adalah sesuatu yang sangat besar beza jurangnya di sini.
Soviet Union pernah tewas di Afghanistan dan Amerika pernah tewas di Vietnam. Pengalaman dan semangat adalah sesuatu yang amat penting.
Peralatan ketenteraan sahaja belum tentu cukup.
Penulis tidak berniat mengangkat penceroboh tetapi kita harus sedar kita sedang berdepan siapa ketika ini.
Kalau kita rasa peralatan kita sudah cukup…masa akan menentukan segalanya.
Jika sehingga esok kita masih tidak melihat 100 lebih pengganas itu…sama ada masih bernyawa atau tinggal jasad…maka memang sah kita sedang berperang dengan hantu di Lahad Datu.

Sumber - MyNewsHub

10 comments:

  1. aq masih yahlin dgn kehebatan anggota keselamatan kita. lebih2 lagi suku kaum pahlawan DAYAK di sabah! DAYAKS will own TAUSUG !!

    ReplyDelete
  2. Ingat Saudara..Tentera belum betul2 terlibat lagi dengan operasi ni..Komando tentera Malaysia antara yang paling digeruni di dunia..memang betul Tausug antara gerila yang paling hebat di dunia jadi itu antara sebab diorg mudah terlepas sebab diorg pakar dalam menghasilkan terowong bawah tanah..jadi persoalan kenapa diorg boleh terlepas tak patut ditanya...

    ReplyDelete
  3. Apa pulak tak pandang rendah. Dah mati ramai baru nak kerah tentera. Kononpolis boleh handle. Piiraah, sebenarnya nah kautim. Yelah, kan ramai orang sulu ada IC M'sia. Siap ada yang jadi ahli UMNO.
    Dalam tentera dah kepung berbatalion ramainya, ada khabar wakil sultan sulu dapat loloskan diri. Betulkah atu sengaja diloloskan. Macam ada konspirasi kat sini.................

    ReplyDelete
  4. masalahnya...betul ke 180 sulu? sapa yg kira...maybe kurang dr tu, kumpulan kecil yg berulang-ulang berlegar tu yg nampk mcm ramai

    ReplyDelete
  5. sape korang nak pertikaikan semangat pejuang2 malaysia! turun padang alami sendiri .. terlajak perahu boleh undur .. perlajak kata badan binasa ..

    ReplyDelete
  6. anon 727..xyah la nk politik sgt...baik M.U kalah pon ko kaitkan dengan politik....puihhh

    ReplyDelete
  7. bodoh betul sesiapa yang suka tuding jari kat org lain.
    ade salah, suka tunjuk2. x tau ke, satu jari kita tunjuk, 4 jari lagi tunjuk kat kite sndiri? tentera sanggup gadai nyawa untuk negara, x hargai.

    org camni, x layak dpt warganegara la. musuh cmni lagi bhye dari org sulu tu. muka baik, tapi hati cam sampah.

    igtlah, lidah lebih tajam dari seribu pedang.

    ReplyDelete
  8. sebenarnya apa yg saya fikir, jikalau penceroboh tu dtg utk menuntut hak mereka dan dan meraka itu islam kenapa perlu sampai bawa senjata masuk negara sampai sembelih anggota keselamatan kita..

    ReplyDelete
  9. "Piiraah, sebenarnya nah kautim. Yelah, kan ramai orang sulu ada IC M'sia. Siap ada yang jadi ahli UMNO."
    sedar ler diri tu sikit... takder org malaysia ni. yg betul2 org malaysia... sumer pun pendatang.. yg betul2 asli org malaysia ni hanyalah org2 asli. hormati ler sikit saudara2 kita yg berbangsa sulu... walaupun asal sulu tapi ada yg dah berpuluh tahun menetap kat malaysia ni.. mmg patut dpt ic pun. kita tak tau keadan sebenar jgn terlalu mudah membuat andaian....

    ReplyDelete
  10. wahai semua rakyat malaysia ambil iktibar dan sedar lah dgn kejadian ini...
    nampak sgt org luar dan dalang y menimbulkan isu ini telah berjaya membuatkan kiter sesama rakyat/penduduk sendiri berbalah...dan xder penyatuan...
    siapa kita hendak mempertikaikan hal keselamatan dan anggota pasukan keselamatan kalu kiter sendiri sebagai penduduk telah tewas lebih awal lagi dalam perang psikologi...
    kalu kiter sendiri kadang2 tanpa sedar membocorkan maklumat kepada semua org..walhal konon2 nyer itu sebagai info utk pegetahuan
    disini semua org dpt lihat siapa diri kita sebagai rakyat/penduduk di bumi malaysia ini...
    tiada siapa y perfect dan tiada siapa y baik diatas muka bumi ini..semua nyer ader agenda tersendiri...
    jangan asyik kita nak menyalahkan dan mempertikaikan org lain kalu dalam diri kita sendiri pun belum tentu betul..

    ReplyDelete