Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 7, 2013

No Comment



Tanam Senjata Sebelum Menyamar Dan Lari

LAHAD DATU: Kumpulan pengganas dipercayai menanam senjata api milik mereka sebelum melarikan diri apabila kedudukan mereka di Kampung Tanduo digempur habis-habisan pasukan keselamatan kelmarin. 

Anggota tentera dan polis yang melakukan operasi mencari dan menggeledah di sekitar kampung terbabit, yakin menemui semua senjata milik pengganas itu. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pasukan keselamatan kini sedang menggeledah ke untuk mencari senjata yang kemungkinan ditanam pengganas.

“Selepas memasuki kampung, kami menemui satu kawah besar mengandungi sembilan mayat.

“Kami yakin mereka menanam senjata sebelum beredar dari lokasi ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zulkilfeli berkata, pihak keselamatan masih terus melaksanakan operasi menggeledah bagi memburu saki-baki pengganas yang masih hidup.

"Saya yakin mereka sudah melarikan diri ke dalam hutan di Tanjung Batu.

"Op Daulat terus dilaksanakan sehingga semua pengganas dihapuskan," katanya.

Beliau berkata, semua pengganas masih lagi berada dalam kepungan dan keadaan masih lagi terkawal.

"Pada masa sama, pasukan keselamatan sudah melaksanakan satu lagi operasi dalam Op Daulat ini," katanya.

Sementara itu, Zulkiffeli melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong operasi ini serta mendoakan keselamatan anggota keselamatan yang berada di perbatasan.

"Sejak operasi ini dilancarkan, saya menerima ribuan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memuji tindakan diambil pihak keselamatan," katanya.

0 comments:

Post a Comment