Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 31, 2013

One Comment
BERTUDUNG: Mula-Mula Panas, Kini Makin Selesa - Leuniey

Kalau anda pengikut setia Instagram Leuniey Natasha, anda pasti akan perasan yang semenjak dua ini kebanyakan gambar yang dikongsikan oleh Leuniey menunjukkan dirinya bertudung. Namun ramai yang tertanya-tanya sama ada Leuniey sudah berhijab sepenuhnya atau sekadar mencuba sahaja.
Terbaru menerusi portal Murai, Leuniey membuat pengakuan yang dirinya sudah berhijab sepenuhnya sejak 2 minggu lalu. Kata Leuniey:-
Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak.
leiei
Pasti Apek adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahan ini. Agak menarik membaca perkongsian kisah penghijrahan Leuniey yang mengalami kepayahan ketika mula-mula berhijab. Kata Leuniey:-
Mula-mula susah juga nak sesuaikan diri dengan bertudung setiap masa apabila di luar, yelah dengan cauca yang agak panas dan sebagainya. Lama kelamaan selepas belajar bagaimana hendak bertudung, saya pun kini sudah semakin selesa dan tenang dengan penghijarahan ini
Leuniey dan Apek akan pergi mengerjakan umrah bersama-sama pada bulan Ramadhan ini. Jadi Leuniey mengambil persediaan dengan memakai tudung sepenuhnya sebelum ke Tanah Suci kelak. Apa-apa pun, tahniah kepada Leuniey atas penghijrahan ini. Semoga hidup anda dan suami akan lebih bahagia dan dirahmati selepas ini

1 comments: