Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 24, 2013

No Comment
Akademi Fantasia


KUALA LUMPUR – Rancangan realiti TV paling popular di negara ini, Akademi Fantasia akan kembali semua menemui penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kembali menemui penonton selepas sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada tahun 2003. Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, “Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.
Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.
Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diukir oleh bintang-bintang ini, kami percaya AF perlu terus wujud di dalam lanskap hiburan tanah air,” jelas Khairul.
“Setelah lebih setahun rancangan ini tidak bersiaran, pihak Astro telah merangka strategi dan format efektif bagi menambah baik program ini yang pastinya menjanjikan kepuasan maksima bagi memenuhi tuntutan penonton yang dahagakan program hiburan yang berkualiti. Menyaksikan perkembangan arus teknologi dan media baru, pihak kami juga pastinya tidak ketinggalan untuk meneroka dan menggunakan kapasiti media baru atau social media untuk sebarang komunikasi dan interaksi kelak.
Kami berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen kami bagi menghasilkan sebuah lagi musim yang pastinya membawakan kebangkitan bintang sebenar menerusi AF 2013. Kami juga yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan program yang menjadi aset kami ini,” ujar Khairul.
Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.
Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.
Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.
Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment