Di sebalik sering dikritik sebagai selebriti kaki sosial oleh sebahagian besar peminat industri hiburan tanah air, pelakon popular Nabila Huda, 29, tetap menjalankan tanggungjawabmembesarkan anak tunggalnya, Keisha Laila,3, dengan baik.
Ini dapat dilihat menerusi perkongsian gambar Nabila bersama anaknya di akaun Instagram miliknya.
Nabila sememangnya merupakan seorang ibu yang amat penyayang terhadap anaknya itu yang kini dijaga secara bergilir-gilir dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani.
Keisha pun dilihat semakin pandai bergaya dan berposing seperti mamanya juga. Ibaratnya Keisha seperti ‘lil mini’ Nabila sendiri.
Nabila sebelum ini sering mencetuskan kontroversi disebabkan pemakaiannya yang seksi serta kegemarannya bersosial di kelab-kelab malam sehingga dicemuh pelbagai masyarakat.
Seperti kata pepatah, ‘dont judge a book by its cover’. Mungkin kita perlu mengenali dulu diri Nabila sebelum senang-senang kita menghukumnya disebabkan keterbukaannya dalam berkongsi gambar aktiviti sosialnya bersama rakan-rakannya yang lain.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE
Seseorang dinilaikan dengan cara adab yang ditonjolkan. Kalau dah hidup cara Nasrani dan Yahudi, macam mana lagi orang nak nilaikan. Boleh dikatakan salah Amy (bapak dia) sebab tak beri dia didikan islam sebenar. Dah salah bentuk, dia kena tanggung dosa sama.
ReplyDelete