Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 21, 2013

8 comments
Eina Nak Saman Ibu Kekasihnya, Dakwa Wanita Itu Kurang Siuman!


SUSULAN kontroversi tiga penjuru yang menimpa pelakon, Eina Azman dengan ibu kepada pelakon, Afiq Muiz dan pelakon lelaki terbabit, Eina hari ini menegaskan untuk menyaman Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Minggu lalu, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf kepadanya secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya.
Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini,
Menegaskan mempunyai bukti terhadap ‘serangan’ dari pihak Hasliza, Eina tetap meneruskan hasrat untuk menyaman wanita berusia 48 tahun itu.
“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,” katanya.
Eina yang dikaitkan dengan kisah Hasliza yang mendakwa Afiq Muiz sebagai anak derhaka, menyifatkan kontroversi tersebut sebagai murahan.
“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?
“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya. – Sinar Harian Online

8 comments:

  1. Ni kisah ank derhaka

    ReplyDelete
  2. ko tu mmg kurg ajar!!!!

    ReplyDelete
  3. Moral masyarakat yg semakin goyah..baik anak lelaki, si ibu dan perempuan yg status nya cuma kekasih sepatut nya lebih rasional menyelesaikan masalah tanpa melibat kan maruah, bangsa dan agama..back to the root - syurga di bawah telapak kaki ibu..tak mati lg, tak tahu mcm mana azab dlm kubur Allah Taala nk bagi..nnt esok² terperosok dlm liang lahad, doa ibu tu sampai ke awak...doa ina?

    Ustaz/ustazah patut tampil ke hadapan memberi pandangan agar masalah begini tak menjadi virus dlm komuniti kita.

    ReplyDelete
  4. BANGSAT PUNYE BETINE SUNDAL LAHANAT DAN MUSIBAT!!!BALA AKAN MENIMPA KAMU DAN SEKUTU KAMU.

    ReplyDelete
  5. quote from Eina Azman's Twitter page (@Eina_Azman) : kalau @Eina_Azman dan @afiqmuiz92 rendahkan diri memohon maaf.. setel sume masalah.. tuhan itu maha mengetahui..BY SeriSelasih ‏@azriena39 << AGREED!!

    ReplyDelete
  6. Hai.., dunia-dunia apa pun pendapat aku afiq patut balik dan minta maaf dgn mak dia sal syurga di telapak kaki ibu, walaupun ibu kita seorg kafir wajib kita patuh dan taat selagi dia x suruh kita melakukan kemungkaran. Insaflah wahai Afiq. Walaupun aku x tahu kisah 100% tetapi melalui video yg di upload aku dapat rasakan "some thing is wrong with that girl and her family, better you watch out and be care full" nasihat daripada aku jauhi lah perempuan dan kembali ke pangkuan ibu mu.

    ReplyDelete
  7. AFIQ cuba jauhkan diri dari perempuan ni untuk seketika, jangan lupa solat dan Al-Quran kalau x baca pun cuba pasang CD surah al-baqarah utk dijauhkan dari gangguan. Bukan nak menuduh tapi sy rasa ada yg x kena dgn perempuan ni..... cuba jauhkan diri buat seketika, dengan cara ini insyaallah awak dapat muhasabah diri dan membuat keputusan yang rasional.

    ReplyDelete
  8. hurm..krana duit manusia sngup buat ape sje..sngup saman myaman utk bende yg nonsense..

    ReplyDelete