Pakar Motivasi terkenal, Prof. Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan sebagai seorang anak, Afiq Muiz tidak boleh memaksa ibunya untuk tampil meminta maaf kepadanya.
Ini berikutan kenyataan Afiq yang mahu ibunya, Hasliza Mohd menarik balik kenyataan yang mengatakan dia adalah anak derhaka sebelum dirinya tampil meminta maaf kepada ibu kandungnya itu.
“Afiq Muiz tak boleh memaksa ibunya untuk meminta maaf, dia tiada hak..pujuk, rayu dan doakan ibunya boleh.
“Orang yang hebat, dia akan memaafkan orang tanpa dipinta dan meminta maaf walaupun tidak berbuat salah,” kata Dr Fadzilah dalam program hiburan Galaksi, semalam.
Selain itu, Dr Fadzilah menyarankan Afiq supaya pergi meminta maaf kepada ibunya kerana dikhuatiri hidupnya akan sengsara dunia dan akhirat jika dia tidak sempat berbuat demikian kelak
“Apa yang boleh saya sarankan kepada Afiq, dia boleh pergi sembah kaki mak dia, minta ampun dan maaf. Selagi dia tidak diampunkan oleh maknya, jangan beredar.
“Takut maknya meninggal dunia sebelum memaafkannya, syurga anak memang di bawah tapak kaki ibu, itu adalah hadis sahih,” pesannya lagi.
Dr Fadzilah turut menambah, hati ibu adalah sangat lembut walau sekerasnya mana pun hatinya, kalau anak bersungguh-sungguh meminta maaf, seseorang ibu itu pasti jua akan memaafkan keterlanjuran seseorang anak itu.
Itu adalah sedikit sebanyak pesanan yang boleh diberikan oleh pakar motivasi ini berhubung kemelut keluarga yang melanda Afiq dan ibunya itu.
Diharapkan Afiq dapat mengambil serba sedikit nasihat ini dan renung-renungkan untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya kelak.
Oleh: AUDREY LEE
Ni satu ustaz ketam suruh orang buat baik walhal sendiri kaki temberang. Bila pecah tembelang, beri alasan konon tak tersepit dalam keadaan. Walhal dalam video tu bukan main gah kutuk pembangkang. Ada ke yang masih yakin dengan cakap dia ni. Kaki kencing besar. Kasi boikot sama dia.
ReplyDeleteBodoh ke ape kau ni!?
ReplyDeleteJangan nak sabit kan hal-hal politik dalam hal yang serbagini...
Ya Allah,,bukalah hati orang ni,,
Dr. tu hanye bagi nasihat yang memang betul,,semua orang ISLAM tahu yang bahawa terdapat hadis shahih yang mengatakan
syurag itu terletak di bawah tapak kaki ibu,,jgn kau nak sabit kan politik dlm urusan dunia akhirat nie,,
Ni la manusia sekarang terlalu fanatik dengan politik,,sehinggakan orang yang melakukan perkara yg wajar pun dikatak talam dua muka..Semoga Allah membuka hati dan mata kamu,,amiin
*syurga
ReplyDelete*dikatakan
Lantak p lah dr tu nk sokong spa.... Pro kerajaan ke pembangkang ke...so?
ReplyDeletehanya geng perompak rakyat yg xmengenal kebaikan kata-kata Dr tu.
ReplyDeleteCredit to DFK...at least dare to front out saying the right things though u MAY not be good as u are (as alleged by 1st Anonymous).
ReplyDeleteThe main here issue is Afiq. I 100% agreed with DFK's advice..Psy sejemput Eina tak ke mana kalo nk di banding kan dgn seorang ibu yg berlawan dgn nyawa melahirkan anak nya ke dunia. “Takut maknya meninggal dunia sebelum memaafkannya, syurga anak memang di bawah tapak kaki ibu, itu adalah hadis sahih.”
sebodoh mcm mana pun kita tolong la jangan la libatkan ibu dan ayah kita dalam hal yang memang menampakkan kebodohan kita.
ReplyDelete