Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 31, 2013

No Comment
Erra Fazira Bakal Tunai Haji, Tunggu Surat Daripada Tabung Haji

Kenangan menjejakkan kaki beberapa kali ke Tanah Suci Makkah masih segar dalam sanubari primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira. Ketenangan berada di kota suci itu terlalu sukar diungkap dengan kata-kata sehingga hatinya sentiasa digamit rindu untuk kembali ke sana.
Lantaran kerinduan itu, timbul cerita kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara berkenaan khabarnya akan ke sana semula tahun ini. Namun, kali ini untuk menunaikan haji pula.
Ketika HIP menghubungi empunya diri bagi mengetahui sejauh mana kebenaran berita itu, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini tidak menafikannya.
Memang benar saya sudah mendaftar, tetapi ia dilakukan tiga tahun lalu. Saya kini masih menunggu nama dipanggil, bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang surat daripada Tabung Haji.
Saya faham, mungkin belum rezeki lagi untuk dijemput ke sana dan saya akan terus sabar menanti. Sewaktu mendaftarkan nama dulu, saya buat keputusan untuk pergi berseorangan. Jadi, apabila Arab Saudi mengenakan syarat baru, perkara itu memang sedikit menyukarkan. Apabila saatnya tiba nanti, barulah saya akan fikirkan soal mahram, kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Sembilu itu.
Sedih nak tinggalkan Aleesya
Menurut bintang berusia 39 tahun ini, dia membuat keputusan menunaikan haji pada usia muda kerana berasakan sudah tiba masanya, selain adanya kemampuan untuk berbuat demikian.
Pernah membawa puterinya menunaikan umrah saat Aleesya baru berusia setahun, Erra bagaimanapun memberitahu, dia tidak bercadang membawa si kecil bersama bagi mengerjakan ibadat haji.
Insya-Allah, jika diizinkan, saya bercadang membawanya ke Tanah Suci sekali lagi untuk menunaikan umrah, memandangkan ketika kali pertama ke sana dia masih kecil.
Lagi pun, Aleesya sudah semakin besar dan lebih matang. Jadi urusan ibadat lebih mudah.
Memang tidak dinafikan, jika berpeluang menunaikan haji, bermakna saya perlu meninggalkan Aleesya dalam tempoh waktu yang lama. Sebagai ibu, tentu timbul rasa sedih. Namun, apabila memikirkan tujuan saya ke sana untuk beribadat, sedikit sebanyak kesedihan itu terubat. Perasaan itu berbeza jika dibandingkan dengan meninggalkan Aleesya kerana tugas, kata Erra.
Belum pasti soal penampilan
Ditanya adakah dia akan memperlahankan aktiviti seninya selepas bergelar Hajah, Erra berkata, sejak akhir-akhir ini, dia memang sudah berbuat demikian. Begitupun, untuk meninggalkan terus kerjaya seni, perkara itu belum terlintas dalam fikiran anak tunggal kepada Azizah Zaik ini.
Saya tidak bercadang meninggalkan terus kerjaya seni selepas mengerjakan haji. Apa pun yang saya lakukan adalah di atas keizinan-Nya. Bakat dan rezeki tidak akan menjadi milik saya jika bukan atas ketentuan Allah. Cuma, saya akan cuba memperlahankan aktiviti seni. Malah, sejak akhir-akhir ini pun saya tidak lagi seaktif dulu.
Mengenai soal penampilan pula, saya tidak berani berkata apa-apa. Kita tidak tahu dugaan yang Allah hendak berikan. Apa yang penting, hasrat saya tunaikan haji adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada-Nya, kata Erra. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment