Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 20, 2013

No Comment
Kenyataan Penuh Air Asia Berhubung Kes Penumpang AK1455


Merujuk kepada isu yang dibangkitkan dalam media sosial mengenai tetamu yang dinafikan menaiki penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013, kami ingin menjelaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak.
Hal ini telah disahkan oleh doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.
Seterusnya, AirAsia telah membuat persediaan untuk menerbangkan kembali ibu, bayi serta 2 orang dewasa secara percuma, setelah bayi itu diisytiharkan boleh menaiki pesawat oleh doktor.
AirAsia mengikuti piawaian kesihatan global di mana para tetamu yang menghidapi demam campak hanya dibenarkan menaiki pesawat sekurang-kurangnya selepas 5 hari dari tarikh mula muncul ruam ditubuh. Ini perlu disokong oleh sijil perubatan atau surat pengesahan layak untuk terbang dari Doktor bertauliah.
Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan; penumpang yang tidak sihat, terutamanya jika mereka demam, harus menangguhkan perjalanan mereka sehingga mereka sembuh. Penumpang dengan penyakit berjangkit aktif tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan udara.
Kami menasihatkan penumpang dengan apa-apa penyakit berjangkit seperti cacar air, rubella, demam campak atau beguk untuk melayari laman web untuk informasi sama ada anda boleh menaiki pesawat. – FACEBOOK AIR ASIA

0 comments:

Post a Comment