Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 15, 2013

No Comment
3 Terbunuh, Utara China Dilanda Taufan Soulik

UTARA China semalam dilanda angin kencang dan hujan lebat dari Ribut Taufan Soulik yang menyebabkan tiga orang mati dan memaksa kira-kira setengah juta penduduk berpindah.
Taufan itu, sebelum itu membunuh dua orang di Taiwan sebelum bergerak ke arah Tanah Besar China membadai bandar persisiran pantai Fujian dengan kelajuan angin 118 kilometer sejam.
Menurut Pentadbiran Meteorologikan China, taufan itu semakin lemah dan diturunkan kepada ribut tropika sebaik bergerak di atas daratan.
Tiga yang terbunuh berada kawasan bersebelahan iaitu Guangdong. Sementara itu dua jabatan meteorologi melaporkan hujan lebat sehingga 250 mm hanya dalam masa 20 jam.
Kira-kira 500,000 orang dipindahkan dari Fujian dan Zhejiang sebaik taufan itu menghampiri dan kira-kira 5,500 tentera dikerahkan untuk melaksanakan tugas kemanusiaan jika perlu.
Menurut berita Xinhua pula, kira-kira 31,000 kapal dipanggil semula ke pelabuhan dan 20 penerbangan telah dibatalkan.
Taufan Soulik membawa hujan lebat di daerah Xiamen dengan kira-kira 24cm hujan turun di bandar pelabuhan itu dari Sabtu hingga Ahad.
Paras air sungai meningkat sehingga paras amaran dan disesetengah tempat ombak setinggi 10 meter membadai benteng penahan ombak di Bandar Ningde. Di Taiwan, dua terbunuh manakala seorang lagi hilang manakala 104 lagi cedera.
Kerugian di sektor pertanian dianggarkan bernilai 8.5 juta Dolar Amerika, menurut kerajaan. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment