Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 22, 2013

No Comment
4 Suspek Culik Mun Tatt Dihadap Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat keputusan melakukan pertuduhan ke atas empat suspek kes culik Ng Mun Tatt, 24, pada 15 Julai lalu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keputusan untuk menuduh suspek di mahkamah dibuat selepas polis Selangor merujuk kes itu kepada pihaknya.
“Pada pagi ini AGC membuat keputusan untuk menuduh ke semua suspek iaitu seramai empat orang yang telah ditangkap bersama dua lagi yang masih bebas di bawah Seksyen 3 Akta Culik 1961,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Abdul Gani berkata, kesemua suspek dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini atas kesalahan menculik.
Menurut beliau, kes culik itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam esok.
Kes penculikan Mun Tatt mendapat perhatian apabila ada pihak mendakwa dia diculik kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.
Penjaga kaunter kafe siber di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan penculik tersebut hanya ingin mendapatkan wang tebusan daripada keluarganya dan tindakan itu langsung tidak berkaitan dengan isu menghina Islam.

0 comments:

Post a Comment