Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 22, 2013

No Comment
Gardenia Beri Sumbangan 100,000 Roti

KUALA LUMPUR – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia) menyumbang lebih 100,000 produk roti bernilai kira-kira RM250,000 kepada pelbagai rumah dan organisasi kebajikan sepanjang tahun ini.
Gardenia dalam satu kenyataan media memberitahu, sumbangan itu merupakan langkah syarikat tersebut untuk membantu golongan yang memerlukan di negara ini.
“Sejak tahun 1992, Gardenia telah membantu lebih 60 rumah kebajikan dan organisasi dan 32 daripadanya dibantu sejak lebih 10 tahun lalu.
“Setiap hari pertubuhan ini menerima roti putih dan roti bijirin serta makanan ringan keluaran Gardenia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, bersempena bulan Ramadan ini Gardenia turut memberi bantuan kepada dua rumah kebajikan kanak-kanak di sekitar Lembah Kelang.
Rumah Kanak-Kanak Raudhatul Al Faeez di Gombak serta Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di Pandamaran menerima sumbangan roti dan makanan ringan.
Lebih menarik apabila Gardenia menjelaskan sumbangan itu akan diteruskan dari semasa hingga semasa selagi diperlukan.
“Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami telah menghulurkan bantuan kepada berbagai badan-badan kebajikan sejak 20 tahun lalu.
“Lebih 60 organisasi menerima sumbangan produk Gardenia dan di bulan Ramadan ini kami memperluaskan bantuan kepada dua lagi rumah kebajikan,” kata Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia, Hazlinah Harun.

0 comments:

Post a Comment