Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 17, 2013

No Comment
Alvin, Vivian Mungkin Disiasat Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata penulis blog kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee mungkin disiasat mengikut Akta Hasutan ekoran tindakan menyiarkan gambar di Facebook yang mengundang kemarahan orang Islam.
“Ya, (boleh disiasat mengikut) Akta Hasutan. Pertimbangan harus dan akan dibuat,” kata Abdul Gani kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata, tuduhan mengikut Akta Hasutan itu boleh dikenakan ke atas pasangan tersebut, selain dakwaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman lebih rendah.
Tan dan Lee pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:
“Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)…wangi, enak dan menyelerakan.”
Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.

0 comments:

Post a Comment