Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 9, 2013

No Comment
SUKMA

Ratu gimnastik Sarawak, Esmelda Arecia Menti Alfred Geling melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan Atlet Wanita Terbaik termuda dalam sejarah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA).
Atlet berusia 13 tahun itu menyingkirkan beberapa pencabar yang majoritinya atlet kebangsaan untuk merangkul penghormatan tersebut pada majlis penutupan rasmi SUKMA XVI, di sini malam kelmarin.
Meraih dua pingat emas, tiga perak dan satu gangsa, Esmelda mencatat nama selaku penyumbang terbesar pingat kontinjen Sarawak pada SUKMA edisi kali ini.
Anak jati daerah Roban, Betong itu juga mencipta kejutan dengan menghadiahkan lima pingat (satu emas, dua perak dan dua gangsa) pada SUKMA tahun lalu ketika masih berusia 12 tahun.
“Saya tidak pernah terfikir dinobatkan Atlet Wanita Terbaik.
Ini adalah satu kejutan dan penghormatan tertinggi buat diri saya,” kata gimnas bertubuh cilik itu dengan nada gembira.
“Saya juga berbangga kerana berjaya membantu mengharumkan nama Sarawak dan anugerah ini menjadi pemangkin untuk saya terus maju dalam sukan ini,” ujarnya.
Pelajar SMK Batu Lintang itu juga mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokong penglibatannya dalam sukan.
Beliau juga merakamkan terima kasih kepada jurulatihnya, Momchilova Gergana Kostadinova dan Momchilov Bogomil Ivanov yang telah banyak membantunya hingga menjadi salah seorang gimnas terbaik di Malaysia ketika ini.
“Terima kasih juga kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Persatuan Amatur Gimnastik Sarawak yang memberi saya kepercayaan dan peluang untuk mewakili negeri.
“Saya akan terus menjalani latihan dan meningkatkan lagi kemahiran.
Jika diberi peluang, saya mahu mewakili negara pada kejohanan antarabangsa,” katanya.
Anugerah Atlet Lelaki Terbaik pula dirangkul atlet gimnastik artistik dari Selangor, Danniel Iskandar Richard yang meraih tiga pingat emas dan dua perak.
S ementara itu, majlis penutupan rasmi temasya SUKMA XVI telah berlangsung dengan meriahnya di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin.
Dalam ucapannya, Khairy melahirkan rasa gembira kerana edisi SUKMA kali ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
“Walaupun SUKMA ini berskala kecil dan tidak mempertandingkan sukan teras, ia tetap menyajikan tahap dan mutu pertandingan yang tinggi.
“Ini dapat dilihat di mana terdapat negeri yang melahirkan ramai atlet baharu yang b e r b a k a t dan berjaya menewaskan atlet senior mahu – pun kebangsaan,” katanya.
Menurutnya, matlamat kerajaan untuk menjadikan SUKMA sebagai pemangkin sukan dalam negara telah terbukti dengan kejayaannya melahirkan ramai atlet berkualiti serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Beliau turut menyentuh mengenai aspek pembangunan sukan yang perlu dilaksanakan dari peringkat akar umbi di semua negeri bagi memastikan kecemerlangan negara dalam bidang sukan terus kekal.
“Di sini peranan kerajaan negeri melalui majlis dan persatuan sukan masing-masing sangat penting dalam membantu kerajaan pusat membangunkan sukan secara menyeluruh di pelbagai peringkat,” katanya.
SUKMA edisi ke-17 akan beralih ke negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis Indera Kayangan pada tahun hadapan. – The Borneeo Post

0 comments:

Post a Comment