Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 9, 2013

No Comment
Zed, Seniman Minta Najib Tunaikan Janji

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi hari ini meminta kepada pihak kerajaan agar  menunaikan segala janji yang dibuat kepada pihak itu sebelum ini.
Perkara tersebut disuarakan melalui akaun laman sosial Twitter milik Zed serta menerusi akaun Twitter Seniman.
Antara perkara yang dibangkitkan oleh Zed adalah berkenaan bajet sebanyak RM6 juta kepada persatuan-persatuan seni berdaftar yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2013 lalu.
“Dalam bajet 2013 sudah disebut peruntukan sebanyak RM6 juta kepada semua persatuan seni berdaftar, tapi sampai sekarang saya tak nampak lagi di mana bajet itu pergi,” jelas Zed ketika dihubungi wartawan MyNewsHub.
Pada masa yang sama, Zed turut mempersoal pengumuman yang dibuat oleh mantan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Utama Rais Yatim berkenaan Skim Insurans Seniman yang sepatutnya bermula pada Januari 2013.
“Menteri (Rais Yatim) telah membuat draf dan  sudah meluluskan sebanyak RM1.1 juta peruntukan untuk skim insurans ini.
“Tetapi hingga hari ini saya masih belum dapat sebarang maklumbalas terkini berkenaan skim insurans itu,” ujar Zed.
Malah, Zed turut menimbulkan persoalan berkenaan hala tuju Seniman di mana sebelum ini Seniman berada di bawah KPKK.
“Selepas pilihanraya, KPKK dipecah kepada dua, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
“Saya tak boleh nak berbuat apa-apa sekarang ini, cuma saya boleh mohon Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Sri Kamaruddin Siaraf untuk menjawab segala persoalan,” kata Zed.
Tambah Zed, dia sukar untuk menjawab kepada ahli-ahli Seniman yang bertanya berkenaan peruntukan yang telah diumumkan oleh kerajaan itu.
Justeru, dalam menyelesaikan isu ini, kementerian yang bertanggungjawab seharusnya bertindak secara proaktif dalam usaha menghargai para seniman pada masa yang sama menyanjung karya seni di Malaysia ini.
zed1
zed2
zed3
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment