Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 25, 2013

No Comment
Bayern Munich

Gergasi Jerman, Bayern Munich berjaya menewaskan kelab Sepanyol, Barcelona 2-0 pada perlawanan persahabatan merebut Piala Ulie Hoeness, awal pagi tadi.
Ia satu kemenangan moral buat jurulatih baru Bayern, Pep Guardiola yang pernah membimbing Barcelona sebelum ini.
Philipp Lahm menanduk masuk hantaran Franck Ribery pada minit ke-15 sebelum Matsu Mandzukic melengkapkan jaringan kedua Bayern, tiga minit sebelum permainan tamat.
Bayern muncul juara Liga Juara-Juara musim lalu selepas menyingkirkan Barcelona 7-0 menerusi agregat pada separuh akhir.
Awal pagi tadi, sekali lagi mereka jelas menguasai permainan dengan Guardiola membariskan pemain lebih berpengalaman berbanding Barcelona yang menurunkan separuh pemain muda mereka.
Biarpun Barcelona memulakan permainan dengan Lionel Messi, Javier Mascherano dan Alex Song, penolong jurulatihnya, Jordi Roura memasukkan ramai pemain skuad simpanan pada babak kedua. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment