Pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul
Haq, 28, yang mencipta nama di persada seni Malaysia mengakui hampir
berputus asa tinggal di negara ini disebabkan perlu tinggal berjauhan
dengan keluarga tersayang.
Pada permulaannya, aktres itu tidak
merasakan perubahan disebabkan sudah terbiasa hidup berdikari namun
lama-kelamaan dirinya berasa murung disebabkan perkara tersebut.
“Apabila sebatang kara di sini,
baru saya faham perbezaannya. Dulu setiap perkara saya ambil sambil lewa
kerana keluarga sentiasa di sisi. Suara yang dulu jarang saya endahkan,
mula saya rindui.
“Lebih terasa setiap kali pulang
ke rumah sewa, tiada siapa yang menyambut. Situasi itu membuat saya
murung dan kerap menitiskan air mata.
“Hampir lapan bulan saya begitu
dan pernah satu tahap, saya menghubungi teman di Singapura memberitahu
saya mengalah dengan dugaan ini.
“Bayangkan ketika di lokasi Adam
& Hawa, saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Alhamdulillah,
semua itu sudah mampu diatasi,” katanya memetik laporan akhbar Berita
Harian.
Pelakon yang kini namanya dikaitkan
menjalinkan hubungan istimewa dengan Sharnaaz Ahmad bagaimanapun
bersyukur kerana teman pelakon senegaranya, Shah Iskandar banyak
membantunya sejak dari mula dia menapak di bandar Kuala Lumpur ini.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment