Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 24, 2013

No Comment
Keluarga Morsi

KAHERAH – Pertempuran di antara penyokong dan penentang bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi mengakibatkan empat orang maut kelmarin.
Sekurang-kurangnya 28 yang lain cedera dalam keganasan di sini dan di bandar Qalyub.
Sementara itu, seorang pegawai polis dan empat orang awam maut manakala empat anggota tentera cedera dalam siri serangan di Sinai.
Pertumpahan darah itu berlaku ketika keluarga Morsi merancang untuk menyaman tentera kerana ‘menculik’ Morsi sejak 3 Julai lalu.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang di peringkat tempatan dan antarabangsa ke atas Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa berdarah ini,” kata anak perempuan Morsi, Shaimaa.
Keluarga Morsi turut meletakkan tanggungjawab keselamatan bekas presiden itu ke atas Sisi. Morsi ditahan di lokasi yang tidak diketahui sejak beliau digulingkan.
“Tiada siapa di antara kami yang dapat berhubung dengan bapa sejak petang rampasan kuasa pada 3 Julai lalu,” jelas anak lelaki Morsi, Osama.
Dalam satu ucapan di televisyen, pemangku presiden, Adly Mansour menyeru rakyat Mesir agar membina sebuah negara tanpa rasa dendam.
Sejak Morsi disingkirkan, kumpulan militan turut memperhebatkan serangan ke atas anggota keselamatan di Semenanjung Sinai. – AFP

0 comments:

Post a Comment