Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 17, 2013

No Comment
Alvin Vivian

Pasangan kontroversi seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Proses siasatan yang bermula lebih kurang jam 11 pagi itu berakhir pada jam 9.30 malam.
Para wartawan daripada pelbagai agensi media cetak dan elektronik berkampung di perkarangan pejabat SKMM itu.
Tempoh siasatan yang melebihi 10 jam itu menimbulkan persoalan dalam kalangan wartawan hadir.
Menurut sumber dalaman, siasatan terhadap kedua pasangan itu mengambil masa yang lama kerana dikatakan siasatan bukan sahaja menjerumus kepada kes terbaru malah melibatkan kes-kes sebelum ini.
Malah, cakap-cakap dalam pihak media turut meramalkan bahawa SKMM turut bertindak secara serius kali ini dengan membuka kes-kes berkaitan pasangan itu sebelum ini.
Dalam pada itu, Penasihat Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman berkata, pihaknya masih menyiapkan kertas siasatan dan tidak boleh menghebahkan isi kandungan siasatan tersebut.
“Kami tidak boleh bagi sebarang maklumat berkenaan kandungan kertas siasatan.
“Setelah siap kertas siasatan, kami akan maklumkan kepada wakil media dalam satu sidang media,” jelas Raffie ketika dihubungi MyNewsHub semalam.
Kronologi kisah Alvin dan Vivian bermula pada 20 September 2012 apabila pasangan itu memuat naik gambar dan video lucah mereka menerusi laman blog, Sumptous Erotica.
Kemudian mereka bertindak untuk menutup laman blog tersebut dan bergiat secara aktif menerusi laman sosial Facebook.
Dalam pada itu, pasangan tersebut turut membuat beberapa video berkenaan pandangan orang awam tentang beberapa topik berkaitan seks yang dimuat naik menerusi laman video sosial, Youtube.
Malah, mereka juga pernah mempromosi parti seks menerusi laman sosial Facebook.
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment