Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 8, 2013

No Comment
VAPOR BAR

Seremban – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mengkaji sama ada penggunaan rokok elektronik atau e-rokok dan shisha terbukti memberi kesan buruk ke atas pengguna atau sebaliknya sebelum langkah pengharaman atau kawalan dilakukan.
Menterinya Datuk Seri S Subramaniam berkata, pihaknya sehingga kini masih dalam perbincangan mengenai pengharaman itu, bagaimanapun ia bergantung terhadap kajian dilakukan Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) diketuai Pengarahnya Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif.
Beliau mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai penggunaan e-rokok yang mungkin diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) berikutan kesan penggunaan itu dikatakan lebih berbahaya berbanding rokok biasa dan shisha.
Subramaniam berkata, selepas selesai kajian dan bukti menyeluruh dikumpul, pihaknya bersama JFK membuat keputusan sama ada mengharamkan atau mengawal penjualan produk itu. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment