Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 8, 2013

No Comment
Bunuh Diri

SIBU – Polis semalam menemui lima notis bunuh diri mengandungi wasiat di bilik tingkat bawah kediaman Tiang Lee Yee, suspek yang dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya dengan menggunakan gas beracun di Pulau Li Hua, di sini dalam kejadian Jumaat lalu.
Polis percaya notis bunuh diri itu ditulis sebelum kejadian pembunuhan dan akan menghantar notis bunuh diri kepada pasukan forensik untuk mengenal pasti individu yang menulis notis bunuh diri itu.
Selain itu, Tiang, 43, dipercayai menggunakan empat tong gas silinder untuk membunuh isterinya, Ling Yung Ming, 40, Christine Tiang Soon Ai, 14 dan Victor Tiang Soon Heng, 2 di kediaman mereka.
Tiang yang merupakan kontraktor dikatakan pada mulanya menggunakan dua tong gas silinder namun gagal, suspek kemudian membeli dua tong gas silinder lagi untuk tujuan membunuh ahli keluarganya.
Semalam, pegawai penyiasat kanan ASP Yeoh Chun Shyan dan anggota polis membawa suspek kembali ke kediamannya rumah berkembar dua tingkat pada jam 1.08 petang untuk enakmen semula jenayah dan mengumpul bahan bukti.
Polis turut menjumpai lima notis bunuh diri yang mengandungi wasiat di bilik tingkat bawah kediaman Tiang dipercayai ditulis sebelum kejadian pembunuhan itu.
Pada sekitar jam 1.40 petang, suspek turut membawa polis kembali ke lokasi kedai dia (suspek) membeli dua lagi tong gas silinder di Jalan Mantis.
Selain itu, suspek dibawa ke lokasi kedai dia membeli racun rumpai untuk membunuh diri dan membeli pil tidur di Jalan Tuanku Osman.
Polis turut percaya suspek membeli dua tong gas silinder, pil tidur dan sebotol racun rumpai pada hari kejadian (Jumaat) lalu.
Sebelum kejadian pembunuhan, Tiang dikatakan memberi pil tidur kepada isteri dan dua anaknya selepas membawa ahli keluarga keluar makan malam.
Bagaimanapun, anak sulung lelakinya, Tiang Soon Thai, 17, tidak mengambil pil tidur dan terselamat dalam kejadian itu. Kini, Soon Thai menerima rawatan di Hospital Sibu.
Abang Yung Ming dan pasukan forensik kembali semula ke lokasi kejadian di kediaman Tiang pada Sabtu lalu. – The Borneo Post

0 comments:

Post a Comment