Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 20, 2013

No Comment
Hina Islam

Melampau! Itulah ungkapan yang sesuai kepada pemilik akaun Facebook, Alin Binti Abd Jalil.
Penulis tidak pasti sama ada pemilik akaun ini beragama Islam atau tidak, tetapi yang dilihat secara serius adalah ‘posting’ yang dibuat.
Penghinaan yang dibuat oleh pemilik akaun tersebut dilihat sangat melampau apabila bukan sahaja menghina agama Islam, malah dia turut menghina Nabi Muhammad SAW.
“Assalamualaikum dan selamat pagi sayang-sayangku! Bangun pagi jangan nak harap tonggek 2 rakaat jer!
“Orang yang rajin bangun untuk menonggek 2 rakaat tak gerenti sihat. Kalau nak betul-betul sihat, bangun pagi toksah jaga hati si dewa bulan Arab keparat si Allah swt tuh.
“Lebih elok berlatih berlari pantas untuk melintasi titian siratul mustaqim. Ini buktinya makcik boleh lari dan melintas lebih pantas dari si nabi keparat Babi Muhammad!”
hina islam 1
Kenapa perlu menghina hingga begitu sekali?
Apa kesalahan agama Allah SWT kepada dirinya hingga memilih untuk menghina pada tahap yang tidak boleh diterima fikiran.
Entah apa yang difikirkan dalam fikiran pemilik akaun tersebut.
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) jangan tutup mata dengan isu sensitif sebegini.
Bagaimanapun, penulis mengucapkan tahniah kepada SKMM apabila semenjak kebelakangan ini SKMM dilihat serius dalam menangani isu sebegini.
Mohon juga pihak SKMM untuk melaporkan akaun tersebut kepada pengendali Facebook sebagaimana mereka lakukan terhadap pemilik akaun Facebook pasangan seks publisiti, Alvin dan Vivian.
Justeru, penulis menggesa seluruh umat Islam yang menyayangi agama anda untuk melaporkan akaun tersebut kepada pengandali Facebook.
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment