Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 20, 2013

No Comment
ular1

BATU PAHAT – “Saya rasa macam nak cepat saja balik kampung tengok ayah, rasa macam dah terlalu lama tak jumpa dia,” kata Mohamed Sallehin Md Supian, 22.
Dia yang merupakan anak sulung kepada seorang kaki pancing, Md Supian Afendi, 55, yang maut dipatuk ular ketika memancing di Empangan Bokok, kelmarin mengakui menemui arwah ayahnya kali terakhir dua minggu lalu.
“Biasanya kami jarang berbual, namun pada pertemuan tersebut kami berborak panjang.
“Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, ayah dikatakan telah mengajak dua rakannya untuk memancing di empangan berkenaan bagi mencari juadah berbuka bersama anaknya yang berusia 6 hingga 22 tahun.
“Tetapi tidak tahu bagaimana, nasib malang menimpa ayah apabila dia dipatuk ular di bahagian pergelangan tangan kanannya.
“Kami sekeluarga tidak menyangka ayah pergi memancing untuk kali yang terakhir semalam (kelmarin), dan meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Kehilangannya cukup kami rasai kerana dialah ayah dan dialah ibu buat kami,” katanya yang tinggal di Johor Bahru.
Menurutnya, dia difahamkan ayahnya dipatuk ular semasa cuba menangkap seekor ikan di celah batu, tanpa disedari terdapat ular yang menyorok di situ.
Kata Sallehin, ayahnya rebah kira-kira 10 minit selepas insiden tersebut.
“Melihat keadaan ayah yang pengsan, rakan-rakannya telah bawanya ke Klinik Kesihatan Yong Peng, bagaimanapun pihak klinik mengesahkan ayah telah meninggal dunia.
“Pemergian ayah pasti memberi dugaan buat adik-adik yang masih bersekolah selain terpaksa menyambut Aidilfitri kali ini tanpa tempat bergantung buat mereka.
“Kami reda dengan pemergian ayah, walaupun kami telah belajar berdikari selepas pemergian emak empat tahun lalu,” katanya.
Jenazah Md Supian dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bindu, kira-kira jam 11.00 pagi semalam. – SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment