Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

PEMAIN tengah Manchester United, Adnan Januzaj menegaskan bahawa beliau mahu terus kekal di Old Trafford sehingga penamat kerjaya bola sepaknya.

Januzaj mencipta nama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas cemerlang membantu kemenangan 2-1 United ke atas Sunderland pada Oktober lalu dan potensi bola sepaknya mendapat kepercayaan pengurus, David Moyes.

Pemain berusia 18 tahun itu telah memperoleh kontrak selama lima tahun untuk United dan beraksi kali pertama di Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lalu menentang Shakhtar Donetsk.

Teruja bersama United sepanjang musim ini, Janujaz berkata, beliau akan lebih gembira sekiranya dapat kekal di Old Trafford untuk selama-lamanya.

“Sasaran awal saya ialah untuk menandatangani dengan United.

“Ia adalah pilihan pertama saya dan saya sudah pun diberi kontrak untuk bersama mereka. Saya sangat gembira di sini. Saya akan bermain untuk United sepanjang hidup saya,” katanya.

Bagaimanapun Januzaj yang lahir di Belgium sehingga kini belum mahu menentukan masa depannya untuk peringkat antarabangsa termasuk Negara yang akan diwakilinya. – Sinar harian

0 comments:

Post a Comment