Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 14, 2013

No Comment

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara para pemimpin Asean yang akan menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun di sini pagi ini.

Sidang kemuncak sehari itu bermula dengan ucapan Perdana Menteri Jepun  Shinzo Abe di Geihinkan State Guest House, Akasaka Palace diikuti sesi bergambar para pemimpin, yang berhimpun di sini bagi menandakan ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun.

Kemudiannya Najib yang berada di sini sejak Khamis akan menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Persekutuan Perniagaan Jepun (Keidanren) dan Dewan Perdagangan dan Industri Jepun (JCCI).

Sidang akhbar bersama juga akan diadakan oleh Abe dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada akhir sidang kemuncak itu.

Para pemimpin 10 negara anggota Asean dan Jepun juga dijangka menekankan  hubungan rapat yang telah lama terjalin selain menandatangani tiga dokumen yang menggariskan program dan aktiviti bagi memperkukuh hubungan mereka pada sidang kemuncak itu.

Dokumen berkenaan ialah Pernyataan Visi Persahabatan dan Kerjasama Asean-Jepun, Pelan Pelaksanaannya, dan Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Asean-Jepun.

Perkongsian kerjasama Asean dan Jepun bermula pada 1973 dengan wujudnya Forum Mengenai Getah Sintetik Asean-Jepun.

Sejak itu, Asean dan Jepun menjalin kerjasama ke arah keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran di rantau ini dengan penekanan terhadap kerjasama ekonomi.

Asean atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Najib juga dijadual mengadakan sidang akhbar untuk wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau di New Otani Hotel di sini.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis makan malam

0 comments:

Post a Comment