Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 14, 2013

No Comment
mayat

Seorang lelaki (gambar atas) dipercayai berketurunan Cina dan warganegara Malaysia ditemui mati dibunuh di wilayah Narathiwat, Thailand awal pagi semalam.
Mayat lelaki berkenaan ditemui penduduk kampung di kawasan berhampiran tebing Sungai Golok, Lubuk Gong.
Menurut sumber, mayat berkenaan berada dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di belakang kepala.
“Pemeriksaan lain mendapati terdapat kesan calar dan lebam di tubuh badan mayat dan dipercayai telah berlaku pergelutan sebelum mangsa dibunuh,” kata sumber berkenaan di sini malam ini.
Bedah siasat mendapati lelaki itu dibunuh 7 jam sebelum mayatnya ditemui.
Mayat lelaki berkenaan kini ditempatkan di rumah mayat Hospital Sungai Golok untuk tujuan siasatan polis dan tuntutan waris.
“Punca kejadian belum dipastikan dan siasatan selanjutnya akan dijalankan,” kata sumber itu.

0 comments:

Post a Comment