Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 13, 2013

No Comment
Peserta

Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.

Baginda berdua akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta yang bertanding.

Mengikut protokol majlis, setiap peserta perlu tunduk sebagai tanda hormat kepada Duli Tuanku.

Pada Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 54 (2013), berlaku satu kejadian yang mencuit hati dan berjaya dirakam.

Ia adalah apabila salah seorang qariah dari Senegal hampir terjatuh ketika mengambil hadiah.

Kejadian tersebut terjadi ketika qariah itu tunduk hormat dihadapan Permaisuri Agong  sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan badan.

Secara spontan, Permaisuri Agong telah berenjak ke hadapan dan menjerit akibat kejadian itu. satu sifat yang jarang sekali kiat dapat lihat dalam Permaisuri Agong yang kerap tenang dalam apa jua keadaan.

Melihat kepada kejadian itu, pastinya ramai yang tidak mampu menahan hilai tawa tatkala melihat qariah itu terundur ke belakang.

Bagaimanapun, syabas kepada qariah tersebut yang telah berjaya mewakili negaranya dalam pertandingan tersebut.

**Orang luar tunduk hormat hingga nak terjatuh dihadapan Seri Paduka Tuanku. Namun kita di Malaysia ini, masih ada segelintir yang menghina institusi diraja Malaysia. Fikir-fikirkan.

Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment