Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 20, 2013

No Comment
Diserang Buaya

SERATOK – Seorang nelayan parah selepas diserang buaya ketika sedang menangkap udang di Sungai Seblak, berhampiran Plunga Hilir, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, Anuar Sulaiman, 39, dikatakan sedang membaiki enjin botnya yang tidak dapat dihidupkan, manakala abangnya memunggah jala dan hasil tangkapan untuk pulang ke rumah.
Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya dipercayai ‘Bujang Seblak’ yang sering mengganas di sungai itu, menyambar kaki kiri mangsa dan cuba menariknya ke dalam sungai.
Namun, tindakan pantas Anuar menendang kepala reptilia itu akhirnya berjaya mengelakkannya daripada menjadi mangsa buaya berukuran antara empat hingga lima meter panjang itu.
Mangsa kini berada di Hospital Saratok untum rawatan. – BH Online

0 comments:

Post a Comment