Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 13, 2013

No Comment


OAXACA – Seorang lelaki yang disahkan meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu dilaporkan memenangi pertandingan datuk bandar di negeri selatan, Oaxaca.

Leninguer Raymundo Carballido Morales memenangi pilihan raya bandar kecil San Agustin Amatengo dengan kelebihan 11 undi, Ahad lalu, sebagai calon sebuah parti berhaluan kiri dan pakatan konservatif.

Tetapi, pendakwa kini melakukan siasatan sama ada Carballido Morales memalsukan kematiannya pada 2010 untuk mengelak ditahan berhubung kes rogol seorang wanita pada 2004.
Carballido Morales turut berkempen dalam pilihan raya, muncul dalam majlis umum dan turut ditemubual pemberita.

Tetapi, dua hari sebelum pengundian, akhbar tempatan, Tiempo de Oaxaca melaporkan bahawa peguam calon mengeluarkan sijil kematian palsu kepada pihak berkuasa pada 2010.


Dokumen disahkan

Dokumen terbabit yang disahkan oleh seorang doktor mengisytiharkan bahawa Carballido Morales mati atas sebab semula jadi selepas koma disebabkan penyakit kencing manis, lapor akhbar.

Seorang pendakwa kes jenayah terhadap wanita, Iliana Araceli Hernandez, berkata pejabatnya melakukan siasatan berikutan laporan untuk menentukan sama ada lelaki itu melakukan satu jenayah.

Pengarah pendaftaran sivil Oaxaca, Aide Reyes mengesahkan bahawa seorang kakitangan awam menandatangani dokumen terbabit dan pejabatnya melancarkan siasatan.

Ketua parti Revolusi Demokrat (PRD), Rey Morales Sanchez, memberitahu bahawa jika datuk bandar yang terpilih itu melakukan jenayah, ‘dia akan digantikan.’

Carbadillo Morales sekali lagi membuktikan masih hidup dan sihat sebelum pilihan raya, dengan menulis di halaman Facebook bahawa beliau ke pejabat pendakwa bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan insiden yang disifatkan sama sekali palsu. – AFP

0 comments:

Post a Comment