Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 12, 2013

No Comment
Tapir

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyelamatkan seekor tapir sesat di Kampung Purun, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Perhilitan dalam satu kenyataan media memberitahu, tapir seberat 300 kilogram itu diselamatkan unit penyelamat jabatan itu pada 10 Julai lalu selepas menerima aduan penduduk.
“Berikutan aduan itu satu operasi menyelamat tapir telah dijalankan oleh kakitangan Perhilitan di kampung tersebut.
“Perhilitan Negeri Sembilan dengan kerjasama kakitangan daripada Kuala Lumpur dan Selangor telah menjalankan operasi pemasangan perangkap dan haiwan ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, tapir berkenaan berjaya ditangkap pada 10 Julai 2013 dan diletakkan cip dan seterusnya dilepaskan semula ke Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang.
Lebih menarik perhatian apabila Perhilitan menamakan tapir tersebut sebagai “Ramadan” bersempena penemuannya pada bulan puasa ini.

0 comments:

Post a Comment