Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 20, 2013

No Comment
Pelajar Lelaki

Cardiff – Sekumpulan pelajar mempunyai cara tersendiri menyatakan protes mereka terhadap keputusan sekolah melarang pemakaian seluar pendek ketika Britain dilanda suhu panas kini.
Semalam seramai 17 pelajar Tahun 10 di Sekolah Tinggi Whitchurch mengejutkan ramai orang apabila hadir mengikuti pembelajaran dengan memakai skirt.
Namun protes itu tidak bertahan lama.
Mereka diarah ke pejabat sekolah dan pengetuanya, Huw Jones-Williams memerintahkan mereka supaya kembali memakai seluar.
Seorang daripada pelajar terbabit, Tyrone Evelyn, 15, berkata, bantahan itu tetap diteruskan bagi memberi tekanan kepada pihak sekolah mengubah peraturan semasa.
“Tidak wajar sekolah melarang kami berseluar pendek kerana ia tidak sesuai dengan cuaca panas ketika ini,” katanya.
Sejak beberapa hari lalu, kata Evelyn, dia mengalami sakit kepala dan gatal-gatal kulit disebabkan pakaian dikenakan tidak sesuai.
“Jika pelajar perempuan boleh memakai skirt kami tidak melihat ada salahnya untuk kami memakai pakaian sama.
“Protes ini wajar,” katanya.
Semua 17 pelajar terbabit memakai seluar panjang ke sekolah dan menyorokkan skirt itu di dalam beg masing-masing.
Mereka kemudian menukar seluar itu dengan skirt di tandas sebelum bergerak bersama-sama di sekitar sekolah. – DM

0 comments:

Post a Comment