Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 24, 2013

No Comment
Petronas

Baru-baru ini saya terbaca tentang Petronas yang tidak lagi mahu memperbaharui kontrak mereka bersama agensi kreatif yang telah lebih 15 tahun bersama mereka, Leo Burnett. Siapa tak kenal Leo Burnett? Agensi inilah yang tahun demi tahun membawakan iklan-iklan perayaan yang berjaya mencuit perasaan setiap rakyat Malaysia.
Kredit harus diberi kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang selama bertahun-tahun mencurahkan kreativiti beliau ke atas iklan-iklan perayaan yang beliau sendiri telah visualize dan arah. Selama bertahun-tahun, ramai rakyat Malaysia menitiskan air mata atau pun menyuarakan kekaguman setiap kali iklan-iklan perayaan Petronas muncul di kaca televisyen.
Setelah pemergian beliau, semangat itu terus cuba dibawa oleh Leo Burnett dengan memaparkan pengarah-pengarah kreatif yang baru. Adakalanya mereka berjaya, adakalanya tidak.
Berita tentang kontrak Leo Burnett ini agak memeranjatkan, sebenarnya. Ramai yang terkejut dengan keputusan Petronas kerana tanggapan selama ini Leo Burnett adalah agensi yang serasi dengan syarikat petroleum nasional ini. Ramai menyangka hubungan baik selama bertahun-tahun antara Petronas dan Leo
Burnett tidak akan goyah, apatah lagi setelah Petronas memenangi anugerah Advertiser of the Year pada acara tahunan Kancil Awards hasil usahasamasyarikat ini bersama Leo Burnett.
Saya memandang perkara ini dari sudut pragmatik. Saya yakin Petronas ada sebab-sebab tersendiri kenapa mengambil keputusan tidak memperbaharui kontrak agensi kreatif tersebut. Ada pendapat mengatakan Petronas tidak berpuas hati terhadap sambutan dingin dan kritikan yang diterima dari iklan perayaan Deepavali tahun lepas.
Sejauh mana pendapat ini benar? Hanya Petronas yang tahu.Walaubagaimanapun, saya berpandangan bahawa apa saja keputusan Petronas, mereka ada hak untuk memilih agensi kreatif yang mereka fikirkan sesuai dan layak.
Saya sempat berbual dengan teman-teman tentang isu ini kelmarin. Rata-rata mereka berpendapat bahawa sudah tiba masanya Petronas mencari “new direction” dalam iklan-iklan perayaan mereka. Walaupun iklan-iklan yang mencuit hati dan perasaan yang selama ini dibawa oleh Leo Burnett telah dianggap berjaya kerana mendapat sambutan luar biasa, mungkin sudah tiba waktunya Petronas mencari pendekatan yang segar dalam penerbitan iklan-iklan perayaan mereka.
Atas sebab ini juga saya fikir Petronas mengambil keputusan yang memeranjatkan ini. Dengar cerita Petronas telah mempelawa kesemua agensiagensi kreatif utama untuk “pitch” idea-idea mereka demi mencari sesuatu yang segar dan mutakhir. Leo Burnett juga mungkin mahu meneruskan kontrak mereka bersama syarikat Fortune 500 ini, maka saya fikir pertandingan yang sihat antara-antara agensi-agensi kreatif ini bakal membawakan satu bentuk
pembaharuan yang segar ke dalam produksi iklan-iklan perayaan Petronas.Khabar angin mengatakan Petronas telah menyenarai pendek tiga agensiagensi yang telah mempersembahkan pitch mereka baru-baru ini. Banyak versi khabar angin ini telah tersebar, ada yang mengatakan bahawa Saatchi memiliki kelebihan terbesar untuk memenangi kontrak ini. Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Leo Burnett tidak berjaya memasuki tiga senarai pendek ini.
Agensi-agensi kreatif utama seperti Draft FCB dan McCann juga dikhabarkan telah disenarai pendek oleh Petronas. Agensi-agensi yang tersenarai merangkumi pemegang-pemegang akaun besar seperti Celcom, Telekom Malaysia, CIMB, Maxis, OCBC serta SP Setia. Jelaslah agensi-agensi ini sebahagian daripada pemain-pemain terbesar dalam industri pengiklanan kreatif.
Apa pun keputusan Petronas, kita berharap agar segala-galanya berjalan dengan telus memandangkan Petronas adalah syarikat berkaitan kerajaan yang terbesar di Malaysia; dan apa-apa pun tindakan yang diambil oleh syarikat ini pasti akan mengundang perbincangan dan perdebatan yang hangat dalam kalangan rakyat terutamanya di laman-laman media sosial.
Pengumuman pemenang kontrak kreatif Petronas dijangka akan diumumkan Ogos ini. Siapa pun yang berjaya, saya ingin ucapkan tahniah dan diharapkan agensi ini mampu bekerjasama dengan Petronas dalam menghasilkan iklan-iklan perayaan Petronas yang sama hebatnya – atau mungkin lebih hebat daripada apa yang selama ini dipertontonkan di kaca televisyen.
Mungkin penonton-penonton juga mahukan kelainan, jadi keputusan Petronas ini bolehlah kita anggap sebagai satu win-win situation.

0 comments:

Post a Comment