Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 10, 2013

No Comment
Lapor Kaki Ponteng Puasa Ditalian 1800-88-1771

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempercepatkan pendakwaan terhadap individu Islam yang ditangkap kerana ponteng puasa sepanjang Ramadan ini.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali (gambar) berkata, pihaknya percaya langkah itu tindakan proaktif bagi menangani golongan yang tidak mahu menghormati ibadat itu.
“Kami tidak mahu ada penangguhan dalam kes seumpama ini. Tidak perlu tunggu dua atau tiga bulan, dua minggu kami sudah boleh hadapkan individu terbabit di mahkamah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam pada itu, Che Mat berkata, JAWI mengadakan rondaan berkumpulan lebih kerap di restoran dan kedai makan yang disyaki menjadi tumpuan kaki ponteng puasa mendapatkan makanan sepanjang Ramadan ini. Katanya, kumpulan itu dengan setiap satu disertai 15 anggota dan pegawai penguat kuasa.
Beliau berkata, mereka yang didapati tidak berpuasa boleh didakwa mengikut Seksyen 15 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM6,000 atau kedua-duanya.
Waspada dengan skuad peronda JAWI! Amaran mungkin boleh diberikan, tetapi rata-rata masyarakat sepatutnya sudah mengetahui undang-undang yang sudah berkuat kuasa lebih 15 tahun ini.
“Tiada guna Parlimen meluluskan undang-undang ini jika ia tidak dihormati,” katanya.
Sehubungan itu, Che Mat menasihati tiga golongan yang diharuskan untuk tidak berpuasa iaitu uzur syarie seperti perempuan, uzur kerana sakit dan bermusafir untuk tidak makan di tempat terbuka.
Sebaliknya, mereka dinasihatkan membeli makanan terbabit dan makan di rumah atau di tempat yang terselindung daripada pandangan orang ramai.
Katanya, JAWI meminta orang ramai yang mempunyai aduan berhubung restoran dan kedai makan yang menjual makanan kepada kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan ini untuk melaporkannya ke talian hotline 1800-88-1771. – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment