Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 23, 2013

No Comment
SEGERA: JAWI Buka Kertas Siasatan 4 Gadis Muslim Sertai Ratu Cantik

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuka kertas siasatan terhadap kenyataan empat peserta pertandingan Ratu Cantik yang digugurkan kerana fatwa tidak membenarkan wanita Muslim di Malaysia menyertai sebarang pertandingan ratu cantik.
Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan mereka yang nekad mahu meneruskan pertandingan itu pada 2 Ogos depan biarpun telah dibatalkan penyertaan mereka.
Berita itu juga menyebut kesemua empat peserta menyatakan kekecewaannya ekoran tindakan itu dan nekad mahu meneruskan niat mereka.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali berkata,  fatwa melarang wanita Muslim di Malaysia menyertai pertandingan ratu cantik telah pun diwartakan pada 8 Feb 1996.
”  Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505) memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah HARAM dan BERDOSA bagi orang Islam.
” Oleh itu, kenyataan keempat-empat peserta tersebut dianggap telah menghina agama Islam.
” Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu Menghina, Atau Menyebabkan Dipandang Hina agama Islam,” katanya.
Kathrina-Binti-Ridzuan
Sara-Amelia-Bernard
Wafa-Johanna-De-Korte
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment