Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 25, 2013

No Comment
Samsung

Sudah 15 hari kita menyambut bulan Ramadan. Maka, mulalah lambakan iklan Hari Raya di televisyen mahupun di Youtube.
Ramai sedia maklum bahawa iklan menjelang Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.
Antara iklan yang dinanti-nantikan adalah seperti iklan terbitan Petronas, TM, Bernas dan banyak lagi.
Mana tidaknya, ada iklan yang memberi gelak tawa kepada kita dan ada juga iklan yang akan membuat air mata kita mengalir.
Kali ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah iklan Hari Raya 2013 yang diterbitkan oleh Samsung Malaysia.
Iklan yang dimuat naik ke dalam laman video sosial, Youtube itu telah mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi.
Bukan itu sahaja, ramai komentator yang meluahkan perasaan mereka apabila menonton iklan tersebut.
Video tersebut berkisar kisah seorang ibu yang mengumpul gambar-gambar anaknya dan mencantumkan setiap potret anaknya.
Salah seorang anaknya yang melihat gambar tersebut merasakan ibu mereka mahukan setiap anaknya pulang semasa hari raya.
Samsung juga tidak terlepas dalam menonjolkan kecanggihan telefon pintar terbaru mereka, Samsung S4 dalam iklan itu.
Saksikan iklan tersebut yang mungkin menggamit kenangan anda bersama ibu anda.
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment