Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 24, 2013

No Comment
MAXIS RAMADAN 2013

Apabila kita melayari laman video Youtube, seringkali kita akan klik butang ‘skip’ selepas 5 saat.
Namun, kali ini tidak.
Ketika melayari laman tersebut, tiba-tiba keluar sebuah video iklan dengan ‘catchy headline’ yang menarik perhatian penulis.
‘Tahukah Mereka Erti Prihatin?’
Kemudian keluar beberapa orang kanak-kanak kecil yang berlari.
Bagi penulis, pastinya ada sesuatu yang menarik.
Tujuan utama video itu adalah sebahagian daripada kempen iklan sempena bulan Ramadhan daripada salah sebuah pengendali syarikat telekomunikasi di Malaysia, Maxis
Video yang dimuat naik oleh Maxis itu menunjukkan teletah kanak-kanak yang diberi hadiah.
Setiap diantara mereka berpasangan dan salah dan setiap daripada mereka akan menerima hadiah.
Namun apabila kanak-kanak itu membuka hadiah tersebut, hanya seorang sahaja yang mendapat ‘cookies’ manakala seorang lagi hanya mempunyai pinggan kosong.
Jelas kita dapat melihat bagaimana sifat prihatin dan toleransi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Walaupun video tersebut dilihat agak mudah, tetapi mesej yang disampaikan amat bermakna.
Saksikan video tersebut yang pastinya akan membuat anda tersenyum dan menyoal diri anda semula.
‘Masihkah ada sifat prihatin dalam diri ini?’
Oleh: HARITS ASYRAF

Video: Youtube Maxis

0 comments:

Post a Comment