Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 24, 2013

No Comment
William, Kate

LONDON – Putera William dan isteri, Kate Middleton membuat penampilan sulung bersama bayi lelaki yang juga bakal raja Britain yang selamat dilahirkan semalam, sebaik mereka keluar dari hospital hari ini.
Dengan tersenyum Kate memberitahu media antarabangsa yang berkumpul menunggunya di luar pekarangan Hopital St Mary, bahawa bayi itu ‘amat emosional’ manakala William pula berkata mereka masih lagi memilih nama yang sesuai untuk putera sulung itu. Malah, Williah dengan nada berjenaka berkata, beliau baru selesai menyalin kain napkin bayinya itu.
Bayi yang waris takhta ketiga Britain itu dibalut dengan selimut putih turut disambut dengan meriah orang orang ramai di luar pekarangan hospital.
“Ia saat yang amat istimewa,” kata Kate yang berusia 31 tahun itu yang kelihatan ceria.
“Saya fikir sebagai ibu bapa baru memahami apa perasaan yang kami alami sekarang,” katanya.
Bayi diraja itu lahir jam 4.24 petang waktu tempatan semalam. – AFP

0 comments:

Post a Comment