BESUT – Sebanyak 120 peserta yang mewakili sembilan pasukan menyertai Kejohanan Payung Terjun ATM Challenge 2014 selama sembilan hari yang bermula hari ini di Mini Stadium, Kampung Raja, di sini.
Pengerusi kejohanan, Kolonel Rustam Shah Jamaluddin, berkata pasukan itu terdiri daripada tentera darat, laut, udara, polis, bomba serta 10 briged parachutter.
Ia turut disertai tiga pasukan kelab dari kelab payung terjun Wilayah Persekutuan, 604 sky diver Kuala Lumpur dan Euro sky diver.
“Ini adalah kejohanan payung terjun kali pertama diadakan di Besut,” katanya.
Beliau berkata, kejohanan tahunan itu juga bertujuan memilih peserta payung terjun negara ke kejohanan antarabangsa. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment