Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

WINTER PARK, Florida – Sebuah kereta merempuh sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di kawasan Orlando, lalu membunuh seorang kanak-kanak perempuan dan mencederakan 14 yang lain.

Pihak berkuasa kini memburu pemandu sebuah kenderaan utiliti yang melangar kereta berkenaan sehingga terbabas sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Jurucakap Peronda Lebuhraya Florida, Wanda Diaz, berkata seorang kanak-kanak meninggal dunia di Hospital Kanak-Kanak Arnold Palmer.

Jurucakap hospital berkata, seorang individu di hospital itu dalam keadaan kritikal manakala lima lagi parah.

Secara keseluruhan, 13 orang dimasukkan ke hospital manakala dua lagi dirawat di tempat kejadian.

Diaz berkata, beberapa yang cedera di bangunan KinderCare di Winter Park itu dilaporkan dalam keadaan “amat serius”.

Katanya, pemandu Toyota Solara hilang kawalan apabila dilanggar Dodge Durango lalu merempuh pusat penjagaan itu dan tembus ke dalam bangunan. Bagaimanapun, pemandunya tidak cedera.

Pemandu Durango itu pula lantas meninggalkan tempat kejadian tetapi kenderaannya dikesan ditinggalkan di sebuah rumah dua jam kemudian.

Polis sedang mencari lelaki berusia 26 tahun, Robert Corchado yang dikatakan memandu kenderaan itu. – AP

0 comments:

Post a Comment